Sunday 23 February 2014

Nasi Lemak

gambar...

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 2 pot beras -dibasuh dan ditoskan airnya
  • 1 biji santan pekat
  • 1 helai daun pandan -diikat simpul (mewangikan nasi). Atau boleh juga gantikan dengan
    • Sedikit halba -untuk mewangikan nasi juga
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara: 

Ayam Kicap


Kredit : bonda
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 6-7 ketul ayam (dipotong kecil) -boleh jer kalo nak letak serbuk kunyit
  • 1 inchi halia -dihiris nipis
  • 2 biji kentang saiz kecil -dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • Sedikit kicap (lemak manis)
  • 1 biji cili hijau -dibelah dua
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara: 
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan halia, kentang dan juga bawang besar. Goreng sehingga kentang masak. Ketepikan.
  • Gunakan baki minyak, masukkan ayam pula. Goreng sehingga ayam masak. Ketepikan.
  • Lebihan minyak gorengan tadi, masukkan bahan ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan kicap. Masak sehingga kicap mengeluarkan buih yang banyak -part ni yang paling penting untuk mendapatkan rasa yang sedap. Nampak senang tapi kalau tak ikut, tak jadi.. Sebelum ni saya letak air asam jawa dulu, baru taruh kicap.. tak jadi.. rasanya tak sedap. Salah petua.. Tu la, cakap bonda takmo dengar.
  • Bila kicap tu dah berbuih-buih, baru boleh taruh air asam jawa. Biarkan mendidih. Baru la sedap. Tak perlu letak garam, kicap dah cukup masin. Tambah gula jer sikit kalau tak guna kicap lemak manis kay..
  • Letakkan cili hijau.
  • Masukkan bahan yang digoreng tadi. Biar sebati.
  • Sedia dihidang.

Sup Siakap


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap -dipotong
  • 1 inchi halia -dihiris nipis
  • 1 batang serai -ditumbuk pangkalnya
  • Sedikit cili padi
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara-cara: 
  • Satukan kesemua bahan tersebut kecuali garam ke dalam periuk.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Perasakan dengan garam.
  • Sedia dihidang.


Telur Separuh Masak (Half Boiled Eggs)


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur
  • Air secukupnya

Cara-cara:
  • Masukkan telur di dalam periuk / kuali.
  • Isi air ke dalamnya. Separas telur atau lebih sedikit.
  • Panaskan atas dapur. Biarkan air mendidih.
  • Masak lebih kurang 2 minit sahaja.
  • Tutupkan api dan keluarkan telur.
  • Jangan biarkan dalam air yang masih panas. Nanti telur akan bertukar jadi telur rebus plak.
  • Sedia dihidang.






cara tradisional





    half boiled egg maker


    Sunday 16 February 2014

    Sardin Kicap



    Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

    Bahan-bahan:
    • 1 tin sardin besar -diasingkan kuahnya
    • 2-3 sudu besar cili boh / serbuk cili
    • 1 biji bawang besar / bawang holland -dihiris nipis
    • 2 keping asam gelugor
    • Sedikit kicap
    • Sedikit air
    • Sedikit minyak untuk menumis 

    Bahan ditumbuk:
    • 2 ulas bawang putih 
    • 3 biji bawang merah

    Cara-cara: 
    • Panaskan minyak, goreng sardin sehingga sedikit garing. Ketepikan.
    • Gunakan lebihan minyak, tambah jika perlu. Masukkan bahan ditumbuk dan cili kering / cili boh. Tumis sehingga naik bau.
    • Masukkan kicap. Biarkan sehingga keluar seakan-akan buih.
    • Masukkan bawang.
    • Masukkan air.
    • Masukkan sardin yang digoreng tadi.
    • Sedia dihidang.

    Friday 14 February 2014

    Sambal Bilis


    Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

    Bahan-bahan:
    • Segenggam ikan bilis
    • 1 senduk cili kering / cili boh
    • 1 biji bawang besar / bawang holland -dihiris nipis
    • 1 biji kentang -dihiris nipis
    • Sedikit air asam jawa 
    • Garam dan gula secukup rasa
    • Sedikit minyak untuk menumis 

    Bahan ditumbuk:
    • 2 ulas bawang putih 
    • 3 biji bawang merah

    Cara-cara: 
    • Panaskan minyak, masukkan ikan bilis, goreng sebentar -masukkan dalam bekas.
    • Kemudian, goreng kentang sebentar -ketepikan.
    • Masukkan bahan ditumbuk dan cili kering / cili boh. Tumis sehingga naik bau.
    • Masukkan air asam jawa.
    • Masukkan bawang besar atau bawang holland.
    • Perasakan dengan garam dan gula.
    • Masukkan kentang. Tutup api. 
    • Apabila sambal dah kurang panas, curahkan ke dalam bekas yang berisi ikan bilis yang digoreng tadi -untuk mendapatkan ikan bilis yang garing ketika makan.
    • Sedia dihidang.

    Thursday 13 February 2014

    Cheesekut Leleh


    Kredit : zamzarina
    Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


    Bahan untuk Cream:
    • 250 gram Philadelphia Cream Cheese -saya guna Tatura
    • 1/2 tin susu pekat manis
    • 1/2 cawan Fresh Milk -saya guna low fat je coz my hubby tak bley minum full cream

    Cara-cara:
    • Satukan kesemua bahan tersebut ke dalam blender -malas nak guna mixer.
    • Kisar bahan sehingga tidak berketul.
    • Ketepikan.

    Bahan-bahan:
    • 1 bungkus biskut Deluxe Cracker -saya guna biskut Cheese Mini Cracker
    • Sedikit Fresh Milk
    • Sedikit serbuk milo -3 in 1 pun bley
    • Sedikit serbuk oreo -biskut oreo yang dihancurkan

    Cara-cara:
    • STEP 1: Susun biskut rapat-rapat ke dalam bekas atau loyang. Biskut direndam sekejap ke dalam Fresh Milk. Jangan biar lembik. Tapi kalau tak nak rendam pun takpe.
    • ♥ STEP 2: Dah susun, taburkan sedikit cream yang dikisar bersama tadi. Buat lapisan nipis sahaja. Jangan terlalu tebal.
    • ♥ STEP 3: Taburkan serbuk milo.
    • Ulang proses ♥ STEP 1 hingga 3 untuk membuat lapisan kedua dan seterusnya sehingga biskut habis.
    • Untuk proses yang terakhir, bila biskut sudah habis, letak cream yang dikisar tadi sehingga habis. Tebal pun takpe. Setelah tabur milo.. boleh ditabur serbuk oreo di atasnya.
    • Masukkan ke dalam peti ais semalaman. Kalau tak letak dalam peti ais, cheesekut akan menjadi cair dan cepat muak.
    • Sedia dihidang.

    Nasi Air


    Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

    Bahan untuk Bubur Nasi:
    • 1 pot beras -dibasuh dan ditoskan airnya
    • Garam secukup rasa
    • Air secukupnya

    Cara-cara: 
    • Masukkan beras dan air ke dalam periuk.
    • Biarkan sehingga bubur masak.
    • Kacau sekali-sekala dan tambah air untuk mendapatkan bubur yang dikehendaki. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu banyak air.
    • Perasakan dengan garam.

    Bahan untuk Sup: 
    • 1/2 ekor ayam -dipotong kecil
    • 1-2 sudu besar rempah sup
    • Sedikit daun sup / daun bawang
    • Sedikit bunga lawang
    • 3 cawan air
    • Garam secukup rasa
    • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
    • 3 biji bawang merah -ditumbuk
    • Sedikit minyak untuk menumis 

    Cara-cara: 
    • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau.
    • Masukkan air dan rempah sup.
    • Perasakan dengan garam.
    • Masukkan daun sup / daun bawang.
    • Biarkan sehingga mendidih.
    • Sedia dihidang bersama bubur nasi (bihun pun boleh). Boleh letak sedikit kicap jika suka.

    Kerapu 3 Rasa (Sweet Sour)


    Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

    Bahan untuk Ikan:
    • 2 ekor ikan kerapu
    • Sedikit tepung jagung
    • Sedikit air
    • Sedikit minyak untuk menumis 

    Cara-cara: 
    • Gaulkan ikan, tepung jagung dan sedikit air dalam satu bekas.
    • Panaskan minyak di dalam kuali.
    • Masukkan ikan kerapu dan goreng sehingga masak garing atau separuh garing -ikut citarasa.
    • Ketepikan -letak di dalam bekas atau mangkuk.

    Bahan-bahan:
    • Sedikit cili padi -dihiris
    • 1/2 biji bawang besar -dihiris nipis
    • 2-3 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu besar sos tiram
    • Sedikit tepung jagung -dibancuh dengan sedikit air
    • Sedikit minyak untuk menumis 

    Bahan ditumbuk:
    • 2 ulas bawang putih
    • 3 biji bawang merah

    Cara-cara:
    • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk. Tumis sampai naik bau. 
    • Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
    • Masukkan cili padi.
    • Masukkan bawang.
    • Masukkan air bancuhan tepung jagung.
    • Sedia dihidang.

    Ayam Masak Merah


    Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

    Bahan untuk Ayam:
    • 5-6 ketul ayam (dipotong kecil)
    • Sedikit kunyit
    • Sedikit garam
    • Sedikit minyak untuk menumis 

    Cara-cara: 
    • Gaulkan kesemua bahan dalam satu bekas.
    • Panaskan minyak di dalam kuali.
    • Masukkan ayam dan goreng sehingga masak garing atau separuh garing -ikut citarasa.
    • Ketepikan -letak di dalam bekas atau mangkuk.

    Bahan untuk Sambal:
    • 1 senduk cili kering / cili boh
    • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
    • Sedikit belacan -sebesar syiling 50 sen
    • Sedikit tomato puri / sos tomato
    • Sedikit air
    • Garam dan gula secukup rasa
    • Sedikit minyak untuk menumis 

    Bahan ditumbuk:
    • 2 ulas bawang putih 
    • 3 biji bawang merah

    Cara-cara: 
    • Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk.
    • Masukkan cili kering / cili boh. Tumis sehingga naik bau.
    • Masukkan tomato puri / sos tomato.  
    • Masukkan air (tak perlu air asam jawa kerana tomato dah cukup masam).
    • Perasakan dengan garam dan gula.
    • Masukkan bawang besar.
    • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
    • Sedia dihidang.

    Pegaga Kelapa


    Kredit : bonda
    Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

    Bahan-bahan:
    • 2-3 genggam pegaga -diracit halus
    • Segenggam kelapa parut -bahagian putih sahaja
    • Garam secukup rasa

    Bahan ditumbuk:
    • 1-2 biji cili merah
    • 1 inchi kunyit hidup

    Cara-cara:
    • Kelapa disangai atas kuali tanpa minyak sehingga agak perang.
    • Setelah itu, masukkan cili merah dan juga kunyit.
    • Perasakan dengan garam jika suka. Kacau sehingga sebati.
    • Sedia dihidang.

    Tuesday 11 February 2014

    Sup Sayur


    Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

    Bahan-bahan:
    • 1 batang karot -dihiris nipis
    • Sedikit kobis bunga -dipotong kecil
    • 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
    • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
    • 2 cawan air
    • Sedikit soon
    • Sedikit daun sup -dihiris nipis
    • Sedikit daun bawang -dihiris nipis
    • 1 biji telur -optional
    • Garam secukup rasa
    • Sedikit minyak untuk menumis 

    Bahan ditumbuk: 
    • 2 ulas bawang putih
    • 3 biji bawang merah

      Cara-cara: 
      • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
      • Masukkan air, 4 serangkai, karot, kobis bunga, dan juga soon.
      • Masak sehingga mendidih, masukkan bawang besar.
      • Perasakan dengan garam.
      • Masukkan daun sup dan juga daun bawang. 
      • Masukkan telur. Biarkan sebentar.
      • Sedia dihidang.

      Monday 10 February 2014

      Masak Lemak Rebung Ikan Masin Campur Perut


      Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

      Bahan-bahan:
      • 1 batang rebung -dihiris kecil-kecil (direbus dan ditapis airnya)
      • Sedikit perut -dipotong kecil (direbus dan ditapis airnya) 
      • 2-3 ekor ikan masin kurau
      • 1 batang serai -diketuk pangkalnya
      • 1 biji santan
      • Garam secukup rasa
      • Air secukupnya

      Bahan ditumbuk:
      • Segenggam cili padi -boleh kurangkan jika tak tahan pedas
      • 1 inchi kunyit hidup

      Cara-cara:
      • Satukan kesemua bahan tersebut kecuali garam.
      • Masak sehingga mendidih.
      • Sekali-sekala kacau untuk mengelakkan tahi minyak.
      • Perasakan dengan garam.
      • Sedia dihidang.

      Sayur Campur


      Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

      nak tambah kobis bunga, sawi n tomato bley jer
      Bahan-bahan:
      • 10 batang kacang pea -dipotong serong
      • 1 batang karot -dihiris nipis
      • 5 batang putik jagung -dipotong kecil
      • 2 biji cili hijau -dibelah 2
      • 1/2 biji bawang besar -dihiris nipis
      • 2-3 sudu besar sos tiram
      • Sedikit air
      • Garam dan gula secukup rasa
      • Sedikit minyak untuk menumis 

      Bahan ditumbuk:
      • 2 ulas bawang putih
      • 3 biji bawang merah / 1 biji bawang besar

      Cara-cara:
      • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk. Tumis sampai naik bau. 
      • Masukkan karot dan juga putik jagung. Masak sehingga agak lembut.
      • Masukkan kacang pea.
      • Masukkan bawang dan juga cili hijau.
      • Masukkan sos tiram.
      • Masukkan air.
      • Perasakan dengan garam dan gula.
      • Sedia dihidang.

      Sup Ketam Simple


      Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

      Bahan-bahan:
      • 2-3 ekor ketam -dipotong 2 jika saiznya besar
        • Buka cengkerangnya dan buang insang. Cuci bersih dan toskan
      • 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
      • 1 biji kentang -dibelah empat
      • 1 batang karot -dihiris nipis
      • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
      • 1 inchi halia -dihiris nipis
      • Sedikit daun sup -dihiris nipis
      • Sedikit daun bawang -dihiris nipis
      • 2 cawan air
      • Garam secukup rasa

      Cara-cara: 
      • Masukkan air, 4 serangkai, kentang, karot, halia dan ketam.
      • Masak sehingga mendidih.
      • Masukkan bawang besar.
      • Perasakan dengan garam.
      • Masukkan daun sup dan juga daun bawang. Biarkan sebentar.
      • Sedia dihidang.

      Sambal Sotong


      Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

      Bahan-bahan:
      • 7-10 ekor sotong putih -dipotong kecil
      • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
      • Sedikit belacan
      • Sedikit air asam jawa
      • Garam dan gula secukup rasa
      • Minyak untuk menumis


      Bahan dikisar:
      • 7 biji cili kering
      • 2 ulas bawang putih
      • 3 biji bawang merah

      Cara-cara:
      • Panaskan minyak, masukkan belacan dan bahan dikisar. Tumis sampai pecah minyak.
      • Masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga sedikit kering.
      • Masukkan udang dan juga bawang besar.
      • Perasakan dengan garam dan gula.
      • Biarkan mendidih.
      • Sedia dihidang.
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...