Wednesday, 31 July 2013

Sambal Telur Pecah


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 4 biji telur
  • 1 senduk nasi cili kisar / cili boh
  • 1 biji bawang besar -hiris kasar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Sedikit air
  • Sedikit belacan / 1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar / cili boh, kacau sehingga pecah minyak.
  • Masukkan belacan / serbuk pati ikan bilis.
  • Masukkan air asam jawa dan air.
  • Biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa (tak letak garam pun takpe).
  • Pecahkan telur dan masukkan satu-persatu. Jangan dikacau. Kecilkan api dan biar sehingga 3/4 masak baru boleh dikacau.
  • Tunggu sehingga agak kering atau sehingga kuah agak pekat.
  • Sedia dihidang.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...