Sunday 9 February 2014

Nasi Ayam Bonda


Kredit : bonda
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan untuk Nasi Ayam:
  • 2 pot beras -dibasuh dan ditoskan airnya
  • Marjerin
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 3 biji bawang merah -ditumbuk
  • 1 inchi halia -dihiris
  • Sedikit bunga lawang
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya -boleh dicampur dengan air rebusan ayam

Cara-cara: 
  • Panaskan marjerin, masukkan bahan ditumbuk, halia dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan beras, dan air -sukatan seperti memasak nasi putih.
  • Perasakan dengan garam.
  • Biarkan sehingga nasi masak.
    • Kalau malas nak tumis, campurkan jer kesemuanya sekali.

Bahan untuk Sup: 
  • 1/2 ekor ayam -dipotong kecil
  • 1-2 sudu besar rempah sup
  • Sedikit daun sup / daun bawang
  • Sedikit bunga lawang
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 3 biji bawang merah -ditumbuk
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan air dan rempah sup.
  • Perasakan dengan garam.
  • Masukkan daun sup / daun bawang
  • Biarkan sehingga mendidih. 

Bahan untuk Cili: 
  • 3 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inchi halia
  • Sedikit cuka / jus asam jawa
  • Garam / gula secukup rasa

Cara-cara: 
  • Kisar kesemua bahan tersebut.
  • Masakkan bahan yang dikisar tadi di atas dapur.

Bahan untuk Ayam Goreng:
  • Ayam -gunakan ayam yang direbus untuk dibuat sup tadi (ayamnya sahaja, sup tak perlu)
  • Sedikit kicap
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit madu
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1/2 inchi halia -ditumbuk

Cara-cara: 
  • Perap kesemua bahan tersebut seketika.
  • Setelah diperap, bolehlah digoreng ayam tersebut.
  • Sedia dihidang.

Bahan untuk Telur (optional):
  • 10 biji telur puyuh
  • Air secukupnya

Cara-cara: 
  • Masak air. Bila dah agak mendidih masukkan telur.
  • Rebus anggaran dalam 2-3 minit.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...