Thursday 13 February 2014

Ayam Masak Merah


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan untuk Ayam:
  • 5-6 ketul ayam (dipotong kecil)
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Cara-cara: 
  • Gaulkan kesemua bahan dalam satu bekas.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Masukkan ayam dan goreng sehingga masak garing atau separuh garing -ikut citarasa.
  • Ketepikan -letak di dalam bekas atau mangkuk.

Bahan untuk Sambal:
  • 1 senduk cili kering / cili boh
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • Sedikit belacan -sebesar syiling 50 sen
  • Sedikit tomato puri / sos tomato
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk.
  • Masukkan cili kering / cili boh. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan tomato puri / sos tomato.  
  • Masukkan air (tak perlu air asam jawa kerana tomato dah cukup masam).
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan bawang besar.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  • Sedia dihidang.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...