Thursday 13 February 2014

Cheesekut Leleh


Kredit : zamzarina
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan untuk Cream:
  • 250 gram Philadelphia Cream Cheese -saya guna Tatura
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1/2 cawan Fresh Milk -saya guna low fat je coz my hubby tak bley minum full cream

Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan tersebut ke dalam blender -malas nak guna mixer.
  • Kisar bahan sehingga tidak berketul.
  • Ketepikan.

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus biskut Deluxe Cracker -saya guna biskut Cheese Mini Cracker
  • Sedikit Fresh Milk
  • Sedikit serbuk milo -3 in 1 pun bley
  • Sedikit serbuk oreo -biskut oreo yang dihancurkan

Cara-cara:
  • STEP 1: Susun biskut rapat-rapat ke dalam bekas atau loyang. Biskut direndam sekejap ke dalam Fresh Milk. Jangan biar lembik. Tapi kalau tak nak rendam pun takpe.
  • ♥ STEP 2: Dah susun, taburkan sedikit cream yang dikisar bersama tadi. Buat lapisan nipis sahaja. Jangan terlalu tebal.
  • ♥ STEP 3: Taburkan serbuk milo.
  • Ulang proses ♥ STEP 1 hingga 3 untuk membuat lapisan kedua dan seterusnya sehingga biskut habis.
  • Untuk proses yang terakhir, bila biskut sudah habis, letak cream yang dikisar tadi sehingga habis. Tebal pun takpe. Setelah tabur milo.. boleh ditabur serbuk oreo di atasnya.
  • Masukkan ke dalam peti ais semalaman. Kalau tak letak dalam peti ais, cheesekut akan menjadi cair dan cepat muak.
  • Sedia dihidang.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...