Monday 26 August 2013

Nasi Briyani



Kredit : othman mohammad
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 2 pot kecil Beras Basmathi (saya guna beras biasa je) -basuh sehingga bersih dan toskan airnya
  • 2 sudu besar rempah briyani
  • 1 ketul daging kambing -direbus dan dipotong kecil
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji cili hijau -dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar -dibelah empat
  • Segenggam kismis
  • Segenggam gajus
  • Garam secukup rasa
  • Air / air rebusan daging secukupnya
  • Sedikit butter untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah

 Cara-cara: 
  • Panaskan butter, masukkan bahan ditumbuk.
  • Kemudian masukkan rempah briyani. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan beras yang telah dibasuh.
  • Tambahkan air atau air rebusan daging. Ikut paras beras sahaja coz nanti kita akan masukkan susu cair.
  • Masukkan daging yang telah direbus tadi.
  • Masukkan susu cair. Mesti melebihi paras beras. Tambah air jika perlu (seperti kita tanak nasi putih).
  • Perasakan dengan garam.
  • Bila dah nak kering, masukkan kismis, gajus, dan juga bawang besar.
  • Dah kering nanti, serih (kacau) nasi tu. Kemudian, masukkan cili hijau.
  • Sedia dihidang. 

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...