Friday 30 August 2013

Kuey Teow Goreng


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar
kuey teow goreng basah

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus kuey teow
  • 2-3 sudu besar cili boh
  • 2-3 sudu besar sos cili 
  • Sedikit fishcake -dihiris
  • Sedikit fishball -dibelah dua
  • Sedikit udang putih
  • Sedikit sotong putih
  • Sedikit ayam
  • Sedikit sayur sawi -dihiris
  • Sedikit kucai
  • Sedikit tauge
  • 2 biji telur 
  • Sedikit air (lebihkan air jika suka kuey teow goreng basah)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan ditumbuk:
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah

udang, sotong, ayam
Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk dan juga cili boh.
  • Masukkan fishcake dan fishball.
  • Masukkan udang, sotong dan juga ayam.
  • Masukkan sedikit air dan juga sos cili.
  • Bila dah mendidih, masukkan kuey teow. Kacau sebati.
  • Masukkan sawi dan kucai.
  • Masukkan telur. Kacau rata.
  • Masukkan tauge.
  • Sedia dihidang.
 

Ayam Goreng Atta


Kredit : mahizam
Resepi : sany a.k.a. abi asyraf

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam -dipotong kecil
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung atta (Alagappa's)
  • 1/2 cawan sudu besar tepung beras
  • 1/2 biji bawang holland -dihiris nipis 
  • 1 biji telur
  • Sedikit serbuk jintan manis
  • Sedikit serbuk jintan putih
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit cili serbuk (saya gantikan dengan paprika)
  • Sedikit kulit kayu manis / bunga lawang
  • Air sedikit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  • Di dalam satu bekas, masukkan ayam, tepung gandum, tepung atta, tepung beras, garam dan air.
  • Gaulkan bahan tersebut sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan bawang holland dan juga kulit kayu manis / bunga lawang.
  • Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, lada putih dan juga paprika.
  • Masukkan telur. Gaul sebentar.
  • Panaskan minyak, boleh la digoreng ayam tersebut satu-persatu.
  • Sedia dihidang.


Thursday 29 August 2013

Sos Lada Hitam (Prosperity Burger)


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang holland -dicincang dadu
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar stok ayam -boleh digantikan dengan 1 kiub ayam
  • 2-3 sudu besar serbuk lada hitam
  • Sedikit kicap manis 
  • Sedikit air
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit mentega untuk menumis 
    • Ada yang suka letakkan susu segar supaya ada rasa yang lemak pada sos

Cara-cara:
  • Panaskan mentega, masukkan bawang holland. Tumis sampai naik bau. 
  • Masukkan air dan juga stok/kiub ayam.
  • Masukkan sos tiram.
  • Masukkan kicap dan juga serbuk lada hitam.
  • Bila dah agak mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  • Perasakan dengan gula -tak perlu garam, kicap dan stok/kiub ayam dah cukup masin.
  • Sedia dihidang.

Bendi/Terung Masak Taucu

bendi masak taucu

terung masak taucu

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 10 batang bendi / terung -dipotong serong
  • Sedikit timun -dipotong memanjang
  • 3 biji cili hijau -dibelah tengah
  • 1 biji bawang merah -dihiris nipis
  • 1 sudu taucu hitam
  • Sedikit air
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk. Tumis sampai naik bau. 
  • Masukkan timun. Goreng sedikit masak.
  • Masukkan bawang yang dihiris.
  • Masukkan taucu dan air.
  • Masukkan bendi / terung dan juga cili hijau. Biarkan mendidih
  • Perasakan dengan gula.
  • Sedia dihidang.
 

Sawi Bunga Cina (Choy Sum) Tumis


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 3 batang choy sum -dipotong
  • Sedikit udang putih
  • Sedikit sotong putih
  • 1/2 biji bawang besar -dihiris nipis
  • Sedikit air
  • Sedikit sos ikan
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk. Tumis sampai naik bau. 
  • Masukkan air dan sos ikan.
  • Masukkan sayur. Goreng jangan sampai lecur.
  • Masukkan bawang.
  • Perasakan dengan gula -tak perlu letak garam, sos ikan dah masin.
  • Sedia dihidang.

Tuesday 27 August 2013

Ayam Palembang


Kredit : othman mohammad
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Anggaran untuk 15 orang makan
(kurangkan kuantiti setiap bahan jika hendak masak sedikit)

Bahan-bahan:
  • 2 ekor ayam -dipotong kecil
  • Kicap manis (saya guna cap kipas udang)
  • Air sedikit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan dikisar: 
  • 10 biji cili merah
  • 1 labu bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 4 batang serai
  • 1 inchi halia

Cara-cara:
  • Gorengkan ayam (tanpa letak kunyit dan garam) seketika. Ketepikan.
  • Panaskan minyak, masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau.
  • Masukkan sedikit air dan kicap.
  • Perasakan dengan garam dan gula (kurangkan gula jika letak kicap manis).
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  • Masak sehingga kuah sedikit kering.
  • Sedia dihidang.

Monday 26 August 2013

Nasi Briyani



Kredit : othman mohammad
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 2 pot kecil Beras Basmathi (saya guna beras biasa je) -basuh sehingga bersih dan toskan airnya
  • 2 sudu besar rempah briyani
  • 1 ketul daging kambing -direbus dan dipotong kecil
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji cili hijau -dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar -dibelah empat
  • Segenggam kismis
  • Segenggam gajus
  • Garam secukup rasa
  • Air / air rebusan daging secukupnya
  • Sedikit butter untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah

 Cara-cara: 
  • Panaskan butter, masukkan bahan ditumbuk.
  • Kemudian masukkan rempah briyani. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan beras yang telah dibasuh.
  • Tambahkan air atau air rebusan daging. Ikut paras beras sahaja coz nanti kita akan masukkan susu cair.
  • Masukkan daging yang telah direbus tadi.
  • Masukkan susu cair. Mesti melebihi paras beras. Tambah air jika perlu (seperti kita tanak nasi putih).
  • Perasakan dengan garam.
  • Bila dah nak kering, masukkan kismis, gajus, dan juga bawang besar.
  • Dah kering nanti, serih (kacau) nasi tu. Kemudian, masukkan cili hijau.
  • Sedia dihidang. 

Makaroni Goreng

makaroni goreng tanpa telur -Kimball (Selasih dan Bawang Putih)

makaroni goreng letak telur -Adabi (Mushroom)

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus makaroni (500 gram)
  • 1 botol sos pasta (250 gram)
  •  Sedikit ayam -dipotong kecil
  • Sedikit udang putih
  • Sedikit sotong putih
  • 2 cawan air
  • 1 biji capsicum -dipotong kecil
  • 1 batang karot -dipotong kecil
  • 1 biji bawang holland -dipotong kecil
  • 2 biji telur -optional
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan dikisar:
  • 3-4 cili kering / 3-4 sudu besar cili boh
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Makaroni direbus secara berasingan dan ditoskan airnya.
  • Di dalam kuali lain, panaskan minyak, masukkan bahan dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam,udang dan juga sotong. Tumis sekejap.
  • Masukkan air dan juga sos pasta.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan karot.
  • Masukkan capsicum dan juga bawang holland. 
  • Masukkan makaroni yang telah direbus tadi.
  • Masukkan telur. Kacau rata.
  • Kacau sehingga kuah kering.
  • Sedia dihidang. 

Sunday 25 August 2013

Triffle



Kredit : erin nadeem
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan untuk Layer Pertama:
  • 1 bar kek swiss roll / kek gulung (saya pilih perisa Mocha)

Cara-cara:
  • Potong kek dan susun di dalam bekas / loyang.
  • Susun rapat-rapat.

Bahan untuk Layer Kedua:
  • 4 sudu besar tepung kastad
  • 5 sudu besar gula (saya letak 2 sudu je coz saya campurkan dengan air mix fruit tadi -simpankan sedikit untuk ditabur di atas mix fruit)
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan air (400 ml)

Cara-cara:
  • Satukan bahan untuk layer kedua ke dalam periuk.
  • Sentiasa kacau bahan tersebut. Masak sehingga likat / pekat.
  • Setelah masak, curahkan di atas layer pertama.
  

  Bahan untuk Layer Ketiga:
  • 1 tin mix fruit -ditapis airnya (boleh juga diletakkan hirisan buah pic)
    •  1 paket kristal jeli (saya pilih jenama Nona -perisa Raspberi)
    • 2 cawan air (400 ml)

Cara-cara:
  • Hiaskan dengan mix fruit di atas layer kedua. 
    • Campurkan serbuk jeli dengan 2 cawan air ke dalam periuk -kecuali mix fruit.
    • Kacau dan didihkan sehingga larut.
    • Setelah masak, tuangkan di atas mix fruit.  
  • Sejukkan di dalam peti ais untuk rasa yang lebih enak.
  • Sedia dihidang.

Cocktail Buah-buahan


Kredit : nisa muhd nor
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 2 tin besar mix fruit
  • 2 tin susu cair
  • 3-4 sudu besar gula
  • Ais secukupnya
  • Boleh juga jika nak campur puding / kastad

Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan tersebut ke dalam bekas.
  • Sedia dihidang.

Jantung Pisang Masak Kari


jantung yang direbus

Kredit : nisa muhd nor
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 biji jantung pisang -dipotong kecil-kecil (direbus dan ditapis airnya)
  • 4 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 biji bawang merah -ditumbuk
  • 1 biji santan
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Tumis Darat:
  • Di dalam kuali berasingan, tumiskan bahan-bahan berikut:
    • 4 biji bawang merah -ditumbuk
    • 1 sudu besar udang kering -ditumbuk
    • 1 sudu besar serbuk jintan manis -campur sedikit air
    • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
  • Masukkan air, jantung pisang yang telah direbus, bawang dan juga rempah kari.
  • Masak sampai mendidih.
  • Masukkan santan.
  • Masukkan bahan tumis darat.
  • Perasakan dengan garam.
  • Sedia dihidang.

Friday 23 August 2013

Pak Choy Masak Sos Tiram


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 4 pokok sayur pak choy -biarkan sebatang atau dibelah dua, mengikut citarasa
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan air 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung 
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 sudu besar udang kering 

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan air. Biarkan mendidih.
  • Masukkan sos tiram. 
  • Masukkan sayur pak choy.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Masukkan tepung jagung untuk melikatkan kuah tersebut.
  • Sedia dihidang.

Kacang Buncis Goreng


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 20 batang kacang buncis -dihiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar -dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih -dihiris nipis
  • 1 ketul tauhu -dipotong kecil
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah / 1 biji bawang besar
  • Sedikit ikan bilis

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk. Tumis sampai naik bau. 
  • Masukkan ikan bilis. Goreng sedikit garing.
  • Masukkan tauhu.
  • Masukkan air dan kacang buncis.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Sedia dihidang.

Tuesday 20 August 2013

Asam Pedas ala Melaka

ikan merah

Kredit : bonda / nenda
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan merah (ikan lain pun boleh -serkup / yu / kembung)
  • 1 batang serai -ditumbuk pangkalnya
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • 5 batang bendi
  • 3 biji tomato -dibelah dua / empat
  • 1 cawan air 
  • 1 batang bunga kantan
  • Sedikit daun kesum (kalau takde, daun limau purut pun boleh)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan dikisar:
  • 20 biji cili kering
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah / 1 biji bawang besar
  • 1 inchi belacan
ikan yu
Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan dikisar. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan serai dan bawang besar.
  • Masukkan bunga kantan, daun kesum, air dan air asam jawa.
  • Biarkan mendidih. Masukkan ikan.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Sedia dihidang.

Air Asam


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • Segenggam cili padi -ditumbuk / dikisar
  • 2 biji cili merah -dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • 1 inchi belacan -dibakar
  • 1 cawan air asam jawa
  • 3 biji limau kasturi -diperah jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan tersebut.
  • Sedia dihidang.

Paprik Campur

tak letak kicap

letak kicap

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 2 ketul ayam -dipotong / dihiris nipis
  • 5 ekor sotong -dipotong kecil
  • 8 ekor udang sederhana
  • 2 sudu besar cili kering / cili boh
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato / sos cili
  • 1 sudu besar kicap (optional)
  • 2 batang jagung muda -dibelah dua / empat
  • 1/2 batang karot -dihiris nipis 
  • Sedikit cendawan putih
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar / bawang holland -dihiris nipis
  • 1 batang serai -ditumbuk pangkalnya
  • 1 inchi halia -dihiris nipis
  • 5 biji cili padi -dibelah tengah
  • 1 biji tomato -dibelah empat
  • Sedikit air
  • Sedikit air asam jawa 
  • Sedikit tepung jagung 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk: 
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk dan cili kering / cili boh. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan serai, halia dan daun limau purut.
  • Masukkan air, sos tiram, sos tomato / sos cili dan kicap.
  • Masukkan ayam, sotong, udang, cendawan putih, jagung muda dan karot. Masak sehingga mendidih, masukkan air asam jawa.
  • Masukkan bawang besar / bawang holland.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Letakkan tepung jagung yang dibancuh dengan air bagi memekatkan kuah tersebut.
  • Sedia dihidang.

Cili Jeruk

cuka epal

cuka biasa

Kredit : bonda
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 20-30 biji cili hijau -dihiris (boleh diganti dengan cili padi atau cili merah)
  • 1 sudu besar garam
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1 cawan air 
  • 1 1/2 cawan cuka (boleh diganti dengan cuka epal) 

Cara-cara: 
  • Basuh cili, rendamkan di dalam  air sekejap untuk membuang bijinya.
  • Masukkan cili yang direndam tadi ke dalam bekas bersih.
  • Masak air bersama cuka, garam dan gula sehingga mendidih.
  • Tutup api, biarkan sejuk.
  • Masukkan air cuka yang dimasak tadi ke dalam bekas yang berisi cili.
  • Simpan dalam peti ais untuk tempoh 2-3 hari baru sedap dimakan.
  • Sedia dihidang.
    • Air cuka yang lama direndam boleh bertukar warna. Boleh dibuang airnya dan dimasak air cuka yang baru.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...