Tuesday, 3 September 2013

Tomyam Campur

lebih paste tomyam

kurang paste tomyam

Resepi : sany a.k.a. abi asyraf

Bahan-bahan:
  • Sedikit ayam -dipotong kecil
  • Sedikit sotong putih
  • Sedikit udang putih
  • Sedikit kobis bunga
  • Sedikit cendawan tiram 
  • 2-3 cili padi
  • 1/2 batang karot -dihiris
  • 1/2 biji bawang holland -dihiris nipis
  • 1 batang serai -diketuk pangkalnya
  • Sedikit lengkuas -diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 1/2 sudu besar paste/serbuk/kiub tomyam -boleh tambah jika suka pekat
  • Air sedikit
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  • Di dalam periuk yang berisi air, masukkan ayam, sotong, udang, karot, kobis bunga, serai dan lengkuas.
  • Biarkan separuh masak.
  • Masukkan paste tomyam, dan daun limau purut.
  • Kemudian masukkan cendawan, bawang holland dan juga cili padi.
  • Perasakan dengan garam.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Sedia dihidang.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...