Tuesday, 3 September 2013

Kacang Panjang Masak Sambal


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • Secekak kacang panjang -dipotong mengikut citarasa
  • 1 batang karot -dihiris nipis
  • Segenggam cendawan tiram -dicarik
  • 1 cawan air
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • Garam / gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan dikisar:
  • 3-4 cili kering / 1 senduk cili boh
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan dikisar. Tumis sampai pecah minyak. 
  • Masukkan cendawan, karot dan air.
  • Perasakan dengan garam / gula.
  • Biarkan mendidih. Masukkan kacang panjang. Biarkan sekejap (jangan sampai lecur).
  • Sedia dihidang.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...