Tuesday 17 April 2018

Homemade Aiskrim Oreo

gambar terlupa snap...
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 gelas susu segar (Dutch Lady)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 sudu kecil ovalette -boleh didapati di kedai kek
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 bungkus biskut oreo -perisa vanilla 

Cara-cara: 
  • Kisar kesemua bahan tersebut kecuali biskut oreo sampai gebu.
  • Masukkan ke dalam bekas.
  • Gaulkan hasil bahan yang dikisar tadi bersama biskut oreo yang dah dihancurkan.
  • Boleh la dimasukkan ke dalam peti ais bahagian beku.
  • Sedia dihidang.

Notes untuk umi:
  • Umi  letak fresh milk + biskut oreo perisa vanila jer untuk anak umi.. itupun dah sedap anak umi cakap.
  • Blend sampai creamy.
  • Keraskan dalam peti ais.

Sunday 15 April 2018

Air Barli


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 1 plastik biji barli -dibasuh bersih dan ditoskan
  • Gula batu secukup rasa
  • Daun pandan 3 simpul
  • Air secukupnya

Cara-cara: 
  • Masak di dalam periuk kesemua bahan-bahan di atas.
  • Bila barli dah mengembang, ambil dalam sesenduk dan kisar halus biji barli tersebut. Kemudian, masukkan semula ke dalam periuk tadi.
  • Masak sehingga barli lembut dan mengembang dan daun pandan mengeluarkan bau wangi.
  • Sedia dihidang. 

aiskrim Malaysia

Air Halba


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 1 sudu kecil halba
  • Air panas 1 gelas

Cara-cara: 
  • Basuh halba tadi, kemudian masukkan ke dalam gelas yang berisi air panas tadi.
  • Sedia dihidang. Air halba boleh diminum bila halba tu dah mengembang dan juga air tu menjadi suam.

Nasi Halba Tanpa Santan, Telur Rebus Ayam Kampung, Sambal Bilis Petai Belalang dan Kopi '0' 434 yang kaw


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan untuk Nasi Halba Tanpa Santan:
  • 4 pot beras
  • Sedikit halba -saya guna 1 sudu besar

Cara-cara: 
  • Masak nasi seperti biasa. Cuma tambahkan halba jer sebab resepi ni tak letak santan.
  • Sedia dihidang. 
  • Rasanya pun dah nikmat macam makan nasi lemak jer sebab bau yang datang dari halba tu.

 

Bahan-bahan Untuk Sambal Bilis Petai:
  • Segenggam cili kering -dikisar
  • Bawang holland -dikisar
  • Ikan bilis
  • Petai belalang ikut suka banyak mana nak letak
  • Garam secukup rasa
  • Miyak

Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga kekuningan. Ketepikan.
  • Gunakan minyak yang sama, kalau tak cukup tambah la lagi. Masukkan bawang holland, goreng sehingga naik bau wangi.
  • Kemudian, masukkan cili yang telah dikisar tadi. Masak sehingga terbit minyak orang kata. Nak sedap tambahkan air asam jawa. Saya tak letak sebab masakkan untuk anak.
  • Letakkan garam secukup rasa.
  • Agak-agak sambal tu dah masak, letakkan petai belalang.  Masak sekejap sahaja bagi petai tu layu sket.
  • Akhir sekali, sebelum tutup api masukkan la ikan bilis yang telah digoreng tadi. Dah siap.
  • Sedia dihidang. 

Bahan-bahan Hiasan:
  • Telur rebus ayam kampung
  •  Timun
  • Semestinya kopi 'o' 434 -heaven kalau dapat hihihi

ni la rupanya pokok petai belalang tu
 
gambar ihsan google




Burger Ayam Homemade


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • Ayam -ambil bahagian isi, cincang halus
  • Bawang holland -cincang halus
  • Butter
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara-cara: 
  • Gaulkan bersama ayam dan bawang holland.
  • Kepalkan bulat-bulat, bila nak masak atas pan baru leperkan. Nak guna acuan burger pun bley.
  • Di atas pan, panaskan butter, letakkan ayam yang telah dikepal bersama bawang holland tadi.
  • Masak sehingga masak di kedua-dua belah bahagian.
  • Sapukan mayonis di atas roti, letakkan ayam dan juga sos cili.
  • Nak tambah blackpepper ke ape ke tak kisah. Ni versi paling mudah sebab buat untuk anak kecik.
  • Sedia dihidang. 

Bahan-bahan Untuk Roti:
  • Roti Gardenia
  • Butter

Cara-cara: 
  • Sapukan butter di sebelah bahagian roti sahaja.
  • Balik-balikkan roti tu supaya masak di kedua-dua belah bahagian.
  • Sedia dihidang. 


Notes untuk umi:
  • Umi  tak letak telur atau tepung pun kat dalam ayam tu. Hanya bawang holland. Tapi nak masaknya kena berhati-hati sket sebab mudah rapuh. 
  • Tips taknak bagi rapuh : kepal jangan terlalu besar. Masa nak masak tu, bila lenyekkan ayam tu di atas pan, jangan la tekan sampai nipis, biar tebal sket baru la tak rapuh hihi.

Thursday 19 March 2015

Ikan Masin Gelama Goreng Bercili


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 3-4 ekor ikan gelama masin -dibasuh dan dipotong kecil
  • 5-7 biji cili padi -dihiris
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • Sedikit minyak

Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Masukkan ikan gelama masin yang telah dibasuh dan dipotong kecil. Goreng sehingga ikan hampir garing.
  • Masukkan bawang besar dan juga cili padi. Satukan kesemua bahan tersebut dan digoreng sehingga ikan garing serta bawang layu.
  • Sedia dihidang.


Homemade Ikan Masin Gelama


Kredit : cc norsiah
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 3-4 ekor ikan gelama -dipotong kecil dan dibasuh bersih
  • Garam kasar secukupnya

Cara-cara:
  • Ikan gelama dipotong kecil dan dibasuh bersih. Kemudian toskan.
  • Taburkan garam ke dalam bekas yang hendak digunakan.
  • Susun ikan ke dalam bekas yang telah ditabur garam kasar. Kemudian, taburkan garam di atas ikan yang telah disusun.
  • Ulang proses tersebut sehingga ikan habis.
  • Bolehlah peram ikan tadi di dalam peti ais (belah bawah, bukan sejuk beku) selama 2 hari.
  • Selepas 2 hari, ikan yang telah diperam sedia untuk digoreng. 
  • Basuh ikan terlebih dahulu sebelum menggoreng.
  • Jika suka masin, bolehlah tambah lagi garam kasar setelah 2 hari diperam.

Tuesday 7 October 2014

Homemade Pencicah a.k.a Colek



Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


 Bahan-bahan:
  • 1 genggam cili padi -kalau nak pedas boleh tambah lagi
  • 1 cawan kicap (saya guna kicap lemak manis je)
  • 1 cawan sos cili 
  • 1 cawan air 
  • 2 sudu petis
  • 1 sudu cuka (saya guna cuka epal)
  • 3 ketul gula nisan Terengganu (boleh je nak guna gula Melaka / merah / pasir / perang)

Bahan untuk Hiasan:
  • Sedikit bijan -disangai tanpa minyak
  • Sedikit kacang tanah -dibuang kulit, disangai tanpa minyak dan ditumbuk kasar/halus

 Cara-cara: 
  • Cili padi dikisar halus bersama kicap.
  • Satukan kesemua bahan untuk kuah ke dalam periuk.
  • Masak atas api yang kecil sehingga kuahnya likat. 
  • Kacau selalu kuahnya supaya tidak hangit.
  • Hiaskan dengan bijan dan juga kacang tanah tadi.
  • Sedap dimakan bersama mangga atau buah-buahan.
  • Sedia dihidang.

Jeruk Mangga Pedas & Ringkas


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • Mangga muda -dipotong ikut suka
  • 10 biji cili padi -dipotong
  • 10-15 biji asam boi putih
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula (biar lebih dari garam)

Cara-cara: 
  • Mangga yang telah dipotong, direndam dengan air garam untuk menghilangkan getahnya. Kemudian buang airnya dan basuh mangga dengan air paip.
  • Masukkan mangga yang telah siap tadi ke dalam bekas bertutup.
  • Masukkan cili padi.
  • Masukkan asam boi putih.
  • Taburkan garam dan gula.
  • Tak perlu letak air, nanti garam dan gula tu akan mencair dengan sendiri.
  • Sedia dihidang.


kredit to kak rahilah coz bagi mangga ni... nyum.. nyum..

Sup Ikan Merah


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 2-3 ekor ikan merah
  • 1 bungkus sup bunjut ikan merah (bunjut [bunga cengkih, lada hitam], buah keras, kulit kayu manis, buah pelaga, daun bay)
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • 1/2 inchi halia -dihiris
  • 1/2 batang karot -dihiris
  • 3 biji kentang -dipotong baji 
  • Sedikit daun sup/bawang -dihiris 
  • Sedikit suhun -direndam
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak
  • Air secukupnya

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah
  • 1/2 inchi halia
  • buah keras

  Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk. Kemudian, masukkan halia, daun bay, kayu manis, buah pelaga dan juga rempah sup bunjut. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris tadi.
  • Masukkan air sedikit, karot dan juga kentang. 
  • Setelah kentang dan karot separuh masak, tambahkan air lagi.
  • Perasakan dengan garam.
  • Masukkan ikan merah dan juga suhun.
  • Biarkan sehingga mendidih. Tutup api.
  • Taburkan daun sup/bawang.
  • Sedia dihidang.

Sunday 3 August 2014

Sambal Sotong Petai


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 20-30 ekor sotong putih -dipotong kecil
  • 5-6 papan petai -dibelah dua
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • Sedikit belacan
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Bahan dikisar:
  • 15-20 biji cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan belacan dan bahan dikisar. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga sedikit kering.
  • Masukkan sotong, petai dan juga bawang besar.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Biarkan mendidih.
  • Sedia dihidang.

Thursday 10 July 2014

Nasi Goreng Vege

Kredit to Helen coz bagi beras from Sarawak ni

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 4-5 senduk nasi (nasinya berwarna ungu dan manis rasanya)
  • Sedikit belacan (sebesar syiling 50 sen)
  • Sedikit kobis ungu -dihiris
  • 3 batang ulam kacang botol -dihiris nipis
  • 1/2 batang karot -dihiris nipis
  • 1/2 biji bawang besar -dihiris nipis
  • Sedikit cili padi -dihiris
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan ditumbuk:
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah


Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk.
  • Masukkan belacan. Tumis sampai naik bau. 
  • Masukkan nasi.
  • Masukkan cili padi. 
  • Masukkan kobis ungu, kacang botol dan juga karot.
  • Masukkan juga sos ikan. Kacau rata.
  • Sedia dihidang.

Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin Talang Bersama Nanas


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 2-3 ketul ikan masin talang -direndam sekejap dan toskan
  • 1/2 biji nanas -kupas dan hiris nipis
  • 1 batang serai -diketuk pangkalnya
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor (asam keping)
  • Garam secukup rasa (jika perlu)

Bahan ditumbuk:
  • 10-15 biji cili padi
  • 3 inchi kunyit hidup (atau 3/4 serbuk kunyit) 

Cara-cara:
  • Satukan santan cair, serai dan bahan ditumbuk ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana.
  • Kemudian, masukkan ikan masin.
  • Apabila ikan masin separuh masak, masukkan nanas. Masak sehingga mendidih.
  • Akhir sekali, tambahkan santan pekat. Sentiasa kacau agar tidak pecah minyak.
  • Tunggu sehingga mendidih sekali lagi, masukkan asam gelugor.
  • Perasakan dengan garam jika perlu.
  • Sedia dihidang.

Monday 7 July 2014

Teh 'O' Laici


Resepi : sany a.k.a. abi asyraf


Bahan-bahan:
  • 1 uncang teh
  • 1 tin buah laici
  • 2-3 sudu besar gula
  • Sedikit air panas
  • Air sejuk secukupnya
  • Ais batu 

Cara-cara: 
  • Rendam uncang teh bersama air panas ke dalam jag yang disediakan. Biarkan teh mengembang untuk mendapatkan warna teh yang cantik.
  • Setelah teh kembang, masukkan gula. Kacau sehingga gula larut. 
  • Masukkan 1 tin laici. Gula tak perlu banyak sebab air laici dalam tin dah cukup manis.
  • Tambahkan dengan air sejuk dan juga ais.
  • Sedia dihidang.

Telur Masak Kicap


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 3 biji telur ayam
  • 1 inchi halia -dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • Sedikit kicap (lemak manis)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 5-6 biji cili padi -dibelah dua
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara: 
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng telur mata satu-persatu. Ketepikan -masuk dalam bekas.
  • Lebihan minyak gorengan tadi, masukkan bahan ditumbuk dan juga halia. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram dan kicap. Masak sehingga mengeluarkan buih yang banyak.
  • Bila dah berbuih-buih, baru boleh taruh air asam jawa. Biarkan mendidih. Tak perlu letak garam, kicap dah cukup masin. Tambah gula jer sikit kalau tak guna kicap lemak manis..
  • Masukkan bawang besar dan juga cili padi.
  • Bila bawang dah sedikit layu, tutup api.
  • Curahkan kuah ke dalam bekas gorengan telur tadi.
  • Sedia dihidang.

Sunday 6 July 2014

Milo Tabur


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 7-8 sudu besar serbuk milo
  • Sedikit serbuk milo -untuk ditabur atas air milo
  • 1 senduk susu pekat manis
  • Sedikit air panas
  • Air sejuk secukupnya
  • Ais batu 

Cara-cara: 
  • Bancuh susu pekat manis bersama air panas ke dalam jag yang disediakan.
  • Masukkan 7-8 sudu besar serbuk milo. Kacau sebati.
  • Tambahkan dengan air sejuk dan juga ais.
  • Taburkan serbuk milo di atasnya.
  • Sedia dihidang.

Ayam Black Pepper


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • Sedikit isi ayam-dihiris nipis
  • 1 inchi halia -dihiris nipis
  • 1 batang saderi -dihiris nipis
  • Sedikit karot -dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • 1 biji cili hijau -dibelah dua
  • Sedikit kicap (lemak manis)
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos lada hitam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung -bancuh dengan sedikit air 
  • Sedikit daun sup -dihiris nipis
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara: 
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan ditumbuk. Tumis sampai naik bau.
  • Masukkan ayam, halia, kentang, karot dan juga saderi. Goreng sehingga separuh masak.
  • Masukkan kicap, sos tiram, sos lada hitam dan serbuk lada hitam.
  • Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Biar sebati.
  • Masukkan bawang besar dan juga cili hijau. Tutup api.
  • Taburkan daun sup.
  • Sedia dihidang.

Bubur Nasi



Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 pot beras -dibasuh dan ditoskan airnya
  • 4 biji meatball -dihiris
  • 1/2 batang karot -dihiris nipis
  • 1/2 batang saderi -dihiris nipis
  • Sedikit daun sup -dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara: 
  • Masukkan beras dan air ke dalam periuk.
  • Biarkan sehingga bubur separuh masak. Kacau sekali-sekala dan tambah air untuk mendapatkan bubur yang dikehendaki. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu banyak air.
  • Masukkan meatball, karot dan saderi.
  • Bila dah nak masak, masukkan daun sup.
  • Perasakan dengan garam. Kacau rata.
  • Sedia dihidang.
 

Tempoyak Budu


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • Sedikit budu
  • 1 sudu besar tempoyak
  • 5-7 biji cili padi-dihiris
  • 1 biji bawang besar -dihiris

Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan tersebut.
  • Sedia dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...