Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar
Bahan-bahan:
- Ayam -ambil bahagian isi, cincang halus
- Bawang holland -cincang halus
- Butter
- Mayonis
- Sos cili
Cara-cara:
- Gaulkan bersama ayam dan bawang holland.
- Kepalkan bulat-bulat, bila nak masak atas pan baru leperkan. Nak guna acuan burger pun bley.
- Di atas pan, panaskan butter, letakkan ayam yang telah dikepal bersama bawang holland tadi.
- Masak sehingga masak di kedua-dua belah bahagian.
- Sapukan mayonis di atas roti, letakkan ayam dan juga sos cili.
- Nak tambah blackpepper ke ape ke tak kisah. Ni versi paling mudah sebab buat untuk anak kecik.
- Sedia dihidang.
Bahan-bahan Untuk Roti:
- Roti Gardenia
- Butter
Cara-cara:
- Sapukan butter di sebelah bahagian roti sahaja.
- Balik-balikkan roti tu supaya masak di kedua-dua belah bahagian.
- Sedia dihidang.
Notes untuk umi:
- Umi tak letak telur atau tepung pun kat dalam ayam tu. Hanya bawang holland. Tapi nak masaknya kena berhati-hati sket sebab mudah rapuh.
- Tips taknak bagi rapuh : kepal jangan terlalu besar. Masa nak masak tu, bila lenyekkan ayam tu di atas pan, jangan la tekan sampai nipis, biar tebal sket baru la tak rapuh hihi.
No comments :
Post a Comment