Sunday 17 November 2013

Laksa Bonda

 

Kredit : inazz rizal
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan untuk Laksa:
  • 1 bungkus laksa direbus dan ditapis airnya

 Bahan Hiasan:
  • 1 batang timun -dihiris halus
  • 3 biji telur rebus -dibelah dua atau empat
  • 10 biji cili padi @ 3 biji cili merah -dihiris
  • 5 biji limau kasturi -dibelah dua (limau nipis pun boleh)
  • Salad -dihiris halus (optional)
  • 1 biji bawang besar -dihiris halus (optional)
  • Nanas -dipotong halus (optional)

 Bahan untuk Kuah:
  • 1 batang bunga kantan -dibelah dua atau empat
  • Segenggam daun kesum
  • 3 keping asam gelugor (asam keping)
  • 1 sudu besar otak udang -tak letak pun takpe
  • 2 hiris lengkuas -diketuk (optional -kalau nak bagi anak makan, tak bubuh pun takpe)
  • Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
  • 1 biji bawang besar @ 5 biji bawang merah
  • 10-15 biji cili kering (atau 2 senduk cili boh)
  • Belacan sebesar syiling 50 sen 

 Bahan direbus:
  • 8-10 cawan air
  • 30 ekor ikan sardin + kembong saiz kecil (ikan mabong boleh, ikan tongkol pun boleh)
    • Ikan dipotong bahagian matanya untuk mengelakkan kuah laksa menjadi hitam. Nak potong bahagian kepala sekalipun boleh
    • Rebus ikan bersama 8-10 cawan air -kepekatan kuah bergantung kepada saiz ikan
    • Air rebusan ikan disimpan untuk membuat kuah laksa -air rebusan hendaklah ditapis untuk mengasingkan tulang ikan
    • Ikan yang direbus tadi ditapis dan diasingkan tulangnya. Isinya dikisar.
    • Tulang ikan yang diasing tadi bolehlah dikisar bersama sedikit air untuk diambil jusnya -setelah kisar, air ditapis untuk mengasingkan tulangnya.

Cara-cara:
  • Satukan bahan untuk kuah (kecuali garam), bahan dikisar dan juga bahan yang direbus ke dalam periuk atau kuali.
  • Biarkan mendidih. Masak sampai asam gelugor kembang sekembang-kembangnya.
  • Perasakan dengan garam.
  • Sedia dihidang bersama laksa dan bahan hiasan.

Monday 23 September 2013

Ayam Marinate ala Hotel


Kredit : mior zainal azmi
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan untuk Ayam:
  • 1/2 ekor ayam -dipotong kecil (lebih enak jika dibuang tulang)
  • Sos LnP (Lea n Perrins atau dikenali sebagai sos worcestershire)
  • Sedikit black pepper
  • Sedikit thyme
  • Sedikit bay leaf
  • Sedikit rosemary -kalau nak pedas bubuh lebih
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1-2 sudu besar tepung jagung 
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
sos LnP
  • Di dalam satu bekas, masukkan ayam, sos LnP, black pepper, thyme, bay leaf dan rosemary.
  • Gaulkan bahan tersebut sehingga sebati. Perapkan dan simpan dalam peti ais selama 1 jam.
  • Selepas 1 jam, keluarkan dari peti ais.
  • Masukkan tepung gandum dan juga tepung jagung. Gaul sebati.
  • Panaskan minyak, goreng ayam yang diperap tadi.

Bahan untuk Sos:
  • Bahan lebihan perapan ayam tadi 
  • 1/2 biji bawang holland -dicincang halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 biji limau sunkist -diambil jusnya 
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, tumis bawang yang dicincang halus tadi. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan lebihan perapan tadi. Tambahkan sos LnP dan black pepper jika perlu.
  • Masukkan air dan juga perahan limau sunkist.
  • Masukkan telur dan kacau sehingga masak.
  • Sedia dihidang.

Sotong Udang Sambal Petai


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • Sedikit sotong putih -dipotong kecil
  • Sedikit udang putih
  • 1 papan petai -dibelah dua
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • Sedikit belacan
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan dikisar:
  • 7 biji cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan belacan dan bahan dikisar. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga sedikit kering.
  • Masukkan udang, sotong, petai dan juga bawang besar.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Biarkan mendidih.
  • Sedia dihidang.

Ikan Gelama Asam Jawa

rasanya macam masak taucu

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 3 ekor ikan gelama (ikan lain pun boleh)
  • 3 biji cili hijau -dibelah tengah
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • 1/2 cawan air asam jawa -biar pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, goreng ikan sehingga garing -ketepikan.
  • Di dalam kuali lain, panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk. Tumis sampai naik bau. 
  • Masukkan bawang yang dihiris.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Masukkan cili hijau. Biarkan mendidih.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Siap untuk dicurahkan ke atas ikan yang digoreng tadi.
  • Sedia dihidang.

Sirap Selasih Kembang Semangkuk


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 1 sudu besar pati sirap rose
  • 2 sudu besar biji selasih -rendam dengan air panas hingga kembang dan toskan
  • 2-3 biji kembang semangkuk -rendam dengan air panas hingga kembang dan toskan
  • Sedikit gula batu
  • 5 sudu besar gula
  • Sedikit air panas
  • Air sejuk secukupnya
  • Ais batu 

Cara-cara: 
  • Bancuh sirap rose bersama air panas dan juga gula ke dalam jag yang disediakan.
  • Masukkan biji selasih, kembang semangkuk dan gula batu.
  • Tambahkan dengan air sejuk dan juga ais.
  • Sedia dihidang.

Tomyam Kung


Resepi : sany a.k.a. abi asyraf

Bahan-bahan:
  • Sedikit ayam -dipotong kecil
  • Sedikit kaki ketam -diketuk separuh pecah
  • Sedikit sotong putih
  • Sedikit udang sederhana
  • Sedikit kobis bunga
  • Sedikit cendawan tiram 
  • 2-3 cili padi
  • 1/2 batang karot -dihiris
  • 1/2 biji bawang holland -dihiris nipis
  • 1 batang serai -diketuk pangkalnya
  • Sedikit lengkuas -diketuk
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 paket kecil paste tomyam kung
  • 2 sudu santan
  • Air sedikit
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  • Di dalam periuk yang berisi air, masukkan ayam, sotong, udang, ketam, karot, kobis bunga, serai dan lengkuas.
  • Biarkan separuh masak.
  • Masukkan paste tomyam kung, dan daun limau purut.
  • Kemudian masukkan cendawan, bawang holland dan juga cili padi.
  • Masukkan santan.
  • Perasakan dengan garam.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Sedia dihidang.
 

Sunday 22 September 2013

Oren Rose

 
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 1 senduk oren sunkist
  • 2-3 titik pati sirap rose
  • 5 sudu besar gula
  • Sedikit air panas
  • Air sejuk secukupnya
  • Ais batu 

Cara-cara: 
  • Bancuh oren sunkist bersama air panas dan juga gula ke dalam jag yang disediakan.
  • Titikkan sirap rose.
  • Tambahkan dengan air sejuk dan juga ais.
  • Sedia dihidang.

Ayam Madu


Resepi : sany a.k.a. abi asyraf

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam -dipotong kecil
  • Sedikit madu

Cara-cara:
  • Di dalam satu bekas, masukkan ayam dan juga madu.
  • Gaulkan bahan tersebut sehingga sebati.
  • Panaskan kuali non-stick (saya gunakan kuali ajaib), boleh la digoreng ayam tersebut satu-persatu tanpa menggunakan minyak.
  • Sedia dihidang.
 

Tuesday 10 September 2013

Sup Ayam Cendawan


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam -dipotong kecil
  • 1 biji kentang -dibelah empat
  • 1/2 batang karot -dihiris nipis
  • Sedikit cendawan putih
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • 1 inchi halia -dihiris nipis
  • 2 cawan air
  • Sedikit daun sup -dihiris nipis
  • Sedikit daun bawang -dihiris nipis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk: 
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah

  Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk. Tumis sehingga naik bau. Minyak letak sikit jer sebab nanti ayam tu akan mengeluarkan minyak. Untuk naikkan bau tumisan bawang jer.
  • Masukkan air, kentang, karot, halia dan ayam.
  • Masak sehingga mendidih, masukkan cendawan.
  • Masukkan bawang besar.
  • Perasakan dengan garam.
  • Masukkan daun sup dan juga daun bawang. Biarkan sebentar.
  • Sedia dihidang.


Sunday 8 September 2013

Teh 'o' Ais Halia


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 1-2 uncang teh
  • 1 sudu besar halia yang dikisar
  • 5 sudu besar gula
  • Sedikit air panas
  • Air sejuk secukupnya
  • Ais batu 

Cara-cara: 
  • Bancuh uncang teh bersama air panas ke dalam jag yang disediakan. Biar sehingga teh mengembang.
  • Kemudian masukkan gula. Biar larut.
  • Masukkan halia.
  • Tambahkan dengan air sejuk dan juga ais.
  • Sedia dihidang.
 

Air Habbatus Sauda

rasanya seperti air kopi 'o'

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 3 sudu besar serbuk habbatus sauda
  • 5 sudu besar gula
  • Sedikit air panas
  • Air sejuk secukupnya
  • Ais batu 

Cara-cara: 
  • Bancuh serbuk habbatus sauda bersama air panas ke dalam jag yang disediakan.
  • Masukkan gula. Biar larut.
  • Tambahkan dengan air sejuk dan juga ais.
  • Sedia dihidang.
 

Thursday 5 September 2013

Mee Goreng ala Mamak


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus mee kuning
  • 2-3 sudu besar cili boh
  • Sedikit udang sedang
  • Sedikit kucai
  • Sedikit tauge
  • 2 biji telur 
  • Sedikit kicap
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan ditumbuk:
  • Sedikit udang kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk dan juga cili boh.
  • Masukkan udang.
  • Masukkan kicap.
  • Masukkan mee. Kacau sebati.
  • Masukkan telur dan kacau.
  • Masukkan kucai dan juga tauge. Kacau rata.
  • Sedia dihidang.

Cucur Cendawan

kalau xde tepung gandum/beras... leh guna tepung kfc

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • Segenggam cendawan tiram
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras (saya gantikan dengan tepung atta)
  • 1 biji telur
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan tersebut di dalam bekas.
  • Gaul sebati.
  • Panaskan minyak. Goreng satu-persatu cam kita goreng cekodok sehingga habis.
  • Sedia dihidang. 
    • Sesuai dimakan dengan nasi putih. 

Cucur Udang

gambar...

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 20-30 ekor udang basah
  • Sedikit udang geragau -dipotong dadu
  • 2 biji kentang -dipotong dadu
  • 2-3 biji bawang besar -dihiris
  • Segenggam daun bawang -dihiris
  • Segenggam tauge
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan tersebut di dalam bekas.
  • Gaul sebati.
  • Panaskan minyak. Masak ikut acuan sesudu atau sesenduk (terpulang individu).
  • Sedia dihidang. 
 

Sotong Udang Ayam Celup Tepung



Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • Sotong putih
  • Udang putih / udang harimau
  • Ayam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  • Satukan tepung gandum dan juga tepung beras tersebut ke dalam bekas.
  • Celupkan sotong / udang / ayam dengan telur.
  • Celupkan dengan tepung. 
  • Di dalam kuali, panaskan minyak.
  • Goreng satu-persatu sampai habis. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
  • Sedia dihidang.

Kerang Rebus


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • Kerang secukupnya
  • Daun kunyit
  • 1/2 biji bawang besar -dihiris nipis
  • 1/2 inchi halia -dihiris nipis 
  • Garam secukup rasa
  • Air

Cara-cara:
  • Masukkan kerang, daun kunyit, bawang, halia dan juga garam.
  • Rebus di dalam periuk. Biarkan hingga mendidih / masak.
  • Sekali-sekala kacau.
  • Sedap dimakan bersama cili.
  • Sedia dihidang.

Biji Cempedak Rebus

rasanya macam kita makan biji buah berangan

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • Biji cempedak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara:
  • Rebus air dalam periuk.
  • Masukkan biji cempedak yang telah dibasuh. Masak sehingga empuk
  • Masukkan garam.
  • Sedia dihidang.

Cempedak Goreng


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 1 biji isi cempedak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan tersebut di dalam bekas.
  • Gaul sebati.
  • Panaskan minyak. Goreng satu-persatu sehingga habis. Terpulang individu nak goreng stail camner.
  • Sedia dihidang. 
 

Simple Sramble Egg

saya suka yang sedikit basah -juicy gitu...

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 9 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Minyak / butter untuk menggoreng

Cara-cara:
  • Satukan bahan tersebut ke dalam bekas.
  • Di dalam kuali, panaskan minyak / butter.
  • Masukkan telur, biarkan sekejap.
  • Kacau selalu sehingga masak seperti yang dikehendaki. Ada yang suka kering dan ada suka yang sedikit basah. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
  • Sedia dihidang.

Wednesday 4 September 2013

Nasi Goreng Seafood


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 3-4 senduk nasi
  • 1 senduk cili boh
  • Sedikit udang putih
  • Sedikit sotong putih
  • Sedikit sayur sawi
  • 1 batang cili hijau -dihiris nipis
  • 1/2 bijing bawang besar -dihiris nipis
  • 2 biji telur 
  • Sedikit daun sup
  • 3 helai daun limau purut
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan ditumbuk:
  • Sedikit udang kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk dan juga cili boh.
  • Masukkan daun limau purut, udang, dan sotong
  • Masukkan nasi. 
  • Masukkan sos ikan. 
  • Masukkan sayur, cili hijau, bawang besar dan juga daun sup.
  • Masukkan telur. Kacau rata.
  • Sedia dihidang.

Sambal Sardin


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 tin sardin kecil
  • 1 senduk cili kering / cili boh
  • 1 biji bawang besar / bawang holland -dihiris nipis
  • 1 biji kentang -dihiris nipis
  • 1 biji cili hijau -dihiris nipis
  • 1 biji tomato -dibelah empat
  • Sedikit air asam jawa 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah
 
Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, masukkan kentang, goreng sebentar -ketepikan.
  • Masukkan bahan ditumbuk dan cili kering / cili boh. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan sardin dan juga air asam jawa.
  • Masukkan bawang besar atau bawang holland.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Sedia dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...