Tuesday, 20 August 2013

Sardine Wraps a.k.a Burrito


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • Sebungkus Mission Wraps (8 keping) 
  • Salad  
  
Bahan untuk inti: 
  • 2 tin kecil sardin (kuah tak yah buang)
  • 5-6 sudu besar mayonis
  • 1 biji cili merah -dipotong kecil
  • 1 biji capsicum (cili benggala) -dipotong kecil
  • 5-6 biji cili padi -dipotong kecil
  • 2 biji tomato -dihiris nipis 
  • 1 biji bawang besar / bawang holland (jika suka) -dihiris nipis
  • Sedikit serbuk lada hitam (jika suka)
  • Garam / gula secukup rasa

Cara-cara:
  • Hancurkan sardin bersama kuahnya. Kemudian masukkan mayonis, gaul sebati.
  • Masukkan cili merah, capsicum, cili padi, tomato, bawang besar, serbuk lada hitam dan gaul sebati.
  • Masukkan garam / gula.
  • Ambil roti, letakkan salad dan letakkan Nutella yang digaul sebati tadi.
  • Buat sehingga habis.
  • Bakar di dalam microwave antara 7-8 minit atau oven antara 4-5 minit. Jika tiada microwave / oven jangan panik, boleh dibakar satu-persatu roti tu di atas kuali sebelum letakkan intinya.
  • Sedia dihidang.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...