Tuesday, 20 August 2013

Gulai Kampung

gambar in progress...

Kredit : roslina arsat
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Untuk 3 orang makan (sesuai dimakan dengan nasi putih)

Bahan-bahan:
  • 1-2 sudu besar rempah gulai kampung (macam gulai kawah)
  • 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
  • 1 sudu besar cili kering / cili boh
  • 1 biji kentang -dibelah empat
  • 5 ketul ayam
  • 1 cawan santan
  • Sedikit air asam jawa 
  • Garam / gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inchi kunyit
  • 1/2 inchi lengkuas
  • 1/2 inchi halia
  • 1 batang serai

Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, masukkan 4 serangkai. Masukkan cili kering / cili boh dan rempah kampung. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan kentang dan ayam. Kemudian masukkan bahan yang dikisar.
  • Bila kentang dah empuk, bolehlah masukkan air asam jawa.
  • Masukkan santan.
  • Masukkan garam / gula.
  • Sedia dihidang.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...