Tuesday, 20 August 2013

Kari Ayam


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 5 ketul ayam
  • 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
  • 3 sudu besar rempah kari
  • 1 biji kentang -dibelah empat
  • 1 batang serai -ditumbuk pangkalnya
  • 1/2 cawan yogurt / 1 cawan santan (takde santan, gantikan dengan yogurt)
  • 1 biji cili hijau -dibelah tengah
  • 1 biji tomato -dibelah empat
  • Sedikit air
  • Sedikit air asam jawa (kalau guna yogurt tak perlu letak coz yogurt dah cukup masam)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis 
  •  
Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
 
 Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, masukkan 4 serangkai. Kemudian masukkan serai dan bahan ditumbuk.
  • Masukkan rempah kari. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan air, kentang dan ayam. Masak sehingga kentang empuk, masukkan air asam jawa.
  • Masukkan yogurt / santan. Dah mendidih masukkan cili hijau dan tomato.
  • Perasakan dengan garam.
  • Sedia dihidang.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...