Sunday 29 June 2014

Daging Black Pepper Berkuah


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • Sedikit daging -dihiris nipis
  • 1 inchi halia -dihiris nipis
  • 2 biji kentang saiz kecil -dihiris nipis
  • Sedikit karot -dihiris nipis
  • Sedikit kobis bunga -dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • Sedikit kicap (lemak manis)
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos lada hitam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung -bancuh dengan sedikit air 
  • Sedikit air
  • Sedikit daun sup -dihiris nipis
  • Sedikit minyak untuk menumis 

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah

Cara-cara: 
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan ditumbuk. Tumis sampai naik bau.
  • Masukkan daging, biar sehingga empuk.
  • Masukkan halia, kentang, karot dan juga kobis bunga. Goreng sehingga separuh masak.
  • Masukkan kicap, sos tiram, sos lada hitam dan serbuk lada hitam.
  • Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. 
  • Masukkan air. Kacau biar sebati.
  • Masukkan bawang besar. Tutup api.
  • Taburkan daun sup.
  • Sedia dihidang.

Sup Ketam Superb


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 2-3 ekor ketam -dipotong 2 jika saiznya besar
    • Buka cengkerangnya dan buang insang. Cuci bersih dan toskan
  • 1 batang serai -diketuk pangkalnya
  • 1 inchi lengkuas -dihiris
  • 1 batang saderi -dihiris
  • 1 biji tomato -dipotong baji 
  • Sedikit cili padi
  • Sedikit sos ikan
  • Sedikit daun limau purut
  • Sedikit daun ketumbar -dihiris 
  • Sedikit minyak
  • 2 cawan air

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inchi halia 

  Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk.
  • Masukkan serai, cili padi, dan lengkuas.
  • Masukkan air, daun limau purut dan juga batang saderi. 
  • Masukkan ketam dan tomato.
  • Masukkan sos ikan.
  • Biarkan sehingga mendidih. Tutup api.
  • Taburkan daun ketumbar.
  • Sedia dihidang.

Mee Goreng


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus mee kuning
  • 3 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap (lemak manis)
  • Sedikit sayur sawi -dihiris nipis
  • Sedikit sotong
  • Sedikit fishball -dibelah dua
  • Sedikit fishcake -dihiris
  • 2 biji telur 
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan ditumbuk:
  • Secubit udang kering
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk dan juga cili boh.
  • Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap.
  • Masukkan sotong, fishball dan fishcake. 
  • Masukkan sayur sawi.
  • Masukkan mee. Kacau sebati.
  • Masukkan telur dan kacau rata.
  • Sedia dihidang.

Tuesday 24 June 2014

Cekodok Pisang


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • Sedikit air 
  • Sedikit serbuk penaik -jika suka
  • 5-6 sudu besar gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan tersebut di dalam bekas.
  • Gaul sebati.
  • Panaskan minyak. Masak ikut acuan sesudu atau guna jari jer sehingga habis.
  • Sedia dihidang.

Sunday 15 June 2014

Homemade Jamu Asam Kunyit-Halia


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 6 batang kunyit hidup (ibu kunyit) -dibuang kulit
  • 3 batang halia (1/2 daripada kunyit hidup) -dibuang kulit
  • Air asam jawa (segenggam asam jawa -dibancuh dengan air secukupnya)
  • 3 sudu besar gula perang (boleh ganti dengan gula merah / pasir / Melaka / kabung / nisang)

Cara-cara:
  • Satukan kesemua bahan tersebut di dalam mesin pengisar, kisar sampai halus.
  • Dengan api perlahan, masak bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk/kuali
  • Tutup api, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas/botol -Tapis untuk diambil airnya sahaja. Boleh juga jika tidak tapis jika suka makan isinya.
  • Sedia dihidang. Boleh juga disimpan di dalam peti ais.

Friday 13 June 2014

Sup Ayam Halia


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • Sedikit ayam -dihiris nipis
  • 1 batang karot -dihiris nipis
  • 1 inchi halia -dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar -dihiris
  • 4 biji cili padi -dibelah dua
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil tepung jagung -bancuh dengan sedikit air
  • Air secukupnya
  • Sedikit daun bawang/sup -dihiris
  • Sedikit minyak

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang dan juga halia.
  • Masukkan karot dan juga ayam. Biarkan ayam sedikit masak.
  • Masukkan cili padi.
  • Kemudian masukkan sos tiram. Kacau sehingga sedikit berbuih.
  • Masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan tepung jagung. Tunggu sekejap sehingga kuah agak likat.
  • Tutup api, taburkan dengan daun bawang/sup.
  • Sedia dihidang.

Thursday 12 June 2014

Stew Daging


Kredit : myresepi
Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 1/2 kg daging lembu -dipotong kecil (boleh digantikan dengan daging kambing dan juga ayam)
  • 1/2 kiub stok daging lembu
  • 2 biji kentang -dipotong baji
  • 1 batang karot -dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar -dihiris
  • 2 sudu besar tomato puri
  • 2 sudu kecil honey mustard -tak letak pun takpe
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (boleh guna mix herbs)
  • 2 sudu kecil tepung jagung -bancuh dengan sedikit air
  • 3 sudu kecil tepung gandum -bancuh dengan sedikit air
  • Air secukupnya (dalam 3 cawan)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun bawang/sup -dihiris

Cara-cara:
  • Di dalam periuk yang berisi air, masukkan daging, rebus sehingga empuk atau air menjadi setengah.
  • Masukkan kentang dan tambah air, agak-agak dalam 3 cawan jika dicampur dengan air lebihan rebusan daging tadi.
  • Masukkan kiub stok daging lembu.
  • Biarkan kentang separuh masak. Masukkan karot dan juga bawang.
  • Masukkan tomato puri dan honey mustard.
  • Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan juga thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (boleh guna mix herbs).
  • Perasakan dengan garam.
  • Masukkan tepung jagung dan juga tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Tutup api, taburkan dengan daun bawang/sup.
  • Sedia dihidang. Boleh dimakan bersama nasi atau roti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...