Sunday 27 April 2014

Jeruk Mangga


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • Mangga muda -dibelah dua
  • 1 sudu kapur masakan + air -untuk merangupkan mangga
  • 1 cawan garam kasar + air
  • 1 cawan gula (gula pasir) + air

Cara-cara: 
  • STEP 1: Rendam mangga yang dibelah dua tadi ke dalam bekas yang diletak kapur masakan + air selama lebih kurang 15 minit.
  • Buang air kapur tersebut dan basuh mangga sehingga bersih. 
  • STEP 2: Masak garam kasar + air ke dalam periuk sehingga larut. **Kalau guna garam halus , kurangkan kuantiti garam kerana garam halus lebih masin dari garam kasar.
  • Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam bekas air garam bersama mangga tadi. Biarkan selama 2 hari atau sehingga warna mangga bertukar dari hijau ke kuning.
  • Setelah 2 hari, buang air garam tersebut. Tak perlu basuh dengan air bersih.
  • STEP 3: Masak gula + air ke dalam periuk sehingga larut.
  • Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam bekas air gula bersama mangga tadi. Biarkan selama 2 hari lagi sebelum dimakan.
  • Air rendaman gula boleh dibuang selepas 2 hari. Kalau tak nak buang pun takpe.
  • Sedia dihidang.
      kredit to kak rahilah coz bagi saya mangga ni... nyum.. nyum..
    • Jika air rendaman berbuih terlalu banyak, buang airnya dan buat air garam/gula yang baru kerana ianya boleh menyebabkan jeruk menjadi rosak.

3 comments :

Norma NML said...

Slm kenal..

Sedpnya..kt kg mak selalu buat..rangup..

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

Norma NML said...

Slm kenal..

Sedpnya..kt kg mak selalu buat..rangup..

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

munie mior said...

salam...
terima kasih atas komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...