Wednesday, 7 May 2014

Bihun Hailam


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus bihun direbus dan ditapis airnya

 Bahan untuk Kuah:
  • 3 sudu besar cili boh -kalau tak nak pedas tak perlu letak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • Sedikit kicap
  • 1/2 ikat sayur sawi -dihiris
  • 1 batang karot -dihiris
  • Sedikit fishball -dibelah dua
  • Sedikit fishcake -dihiris
  • 2 biji telur
  • 3-5 biji cili padi -diketuk
  • Sedikit daun sup/bawang -dihiris halus
  • Sedikit minyak
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah 

Cara-cara: 
  • Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk.
  • Masukkan cili boh. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan air. Biarkan separuh mendidih.
  • Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
  • Masukkan karot, sawi, fishball, fishcake dan juga cili padi.
  • Masukkan kicap. Biar sehingga mendidih.
  • Masukkan daun sup/bawang.
  • Pecahkan telur. Biarkan sebentar.
  • Perasakan dengan garam.
  • Sedia dihidang bersama bihun.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...