Sunday 27 April 2014

Jeruk Mangga


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • Mangga muda -dibelah dua
  • 1 sudu kapur masakan + air -untuk merangupkan mangga
  • 1 cawan garam kasar + air
  • 1 cawan gula (gula pasir) + air

Cara-cara: 
  • STEP 1: Rendam mangga yang dibelah dua tadi ke dalam bekas yang diletak kapur masakan + air selama lebih kurang 15 minit.
  • Buang air kapur tersebut dan basuh mangga sehingga bersih. 
  • STEP 2: Masak garam kasar + air ke dalam periuk sehingga larut. **Kalau guna garam halus , kurangkan kuantiti garam kerana garam halus lebih masin dari garam kasar.
  • Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam bekas air garam bersama mangga tadi. Biarkan selama 2 hari atau sehingga warna mangga bertukar dari hijau ke kuning.
  • Setelah 2 hari, buang air garam tersebut. Tak perlu basuh dengan air bersih.
  • STEP 3: Masak gula + air ke dalam periuk sehingga larut.
  • Biarkan sejuk. Masukkan ke dalam bekas air gula bersama mangga tadi. Biarkan selama 2 hari lagi sebelum dimakan.
  • Air rendaman gula boleh dibuang selepas 2 hari. Kalau tak nak buang pun takpe.
  • Sedia dihidang.
      kredit to kak rahilah coz bagi saya mangga ni... nyum.. nyum..
    • Jika air rendaman berbuih terlalu banyak, buang airnya dan buat air garam/gula yang baru kerana ianya boleh menyebabkan jeruk menjadi rosak.

Homemade Rojak Petis



Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
gula nisan Terengganu
  • Buah mangga
  • Buah epal
  • Buah belimbing
  • ** Lain-lain buah pun boleh 


 Bahan untuk Kuah:
  • 1 genggam cili padi -kalau nak pedas boleh tambah lagi
  • 1 cawan kicap (saya guna kicap lemak manis je)
  • 1 cawan sos cili 
  • 1 cawan air 
  • 2 sudu petis
  • 1 sudu cuka (saya guna cuka epal)
  • 3 ketul gula nisan Terengganu (boleh je nak guna gula Melaka / merah / pasir / perang)

Bahan untuk Hiasan:
  • Sedikit bijan -disangai tanpa minyak
  • Sedikit kacang tanah -dibuang kulit, disangai tanpa minyak dan ditumbuk kasar/halus

 Cara-cara: 
  • Cili padi dikisar halus bersama kicap.
  • Satukan kesemua bahan untuk kuah ke dalam periuk.
  • Masak atas api yang kecil sehingga kuahnya likat. 
  • Kacau selalu kuahnya supaya tidak hangit.
  • Hiaskan dengan bijan dan juga kacang tanah tadi.
  • Sedia dihidang.

Mango Juice and Ice Blended

  

Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan untuk Mango Juice:
  • Sedikit mangga masak (water lily)
  • 1 hiris mangga dipotong halus -hiasan
  • Air sejuk secukupnya
  • Ais batu 

Cara-cara: 
  • Kisar mangga sehingga halus.
  • Masukkan ke dalam cawan / bekas.
  • Tambahkan dengan air sejuk dan juga ais.
  • Hiaskan dengan mangga yang dipotong halus tadi.
  • Sedia dihidang. 

 Bahan-bahan untuk Ice Blended:
  • Sedikit mangga masak (water lily)
  • Air sejuk secukupnya
  • Ais batu 

Cara-cara: 
  • Kisar mangga bersama air sejuk dan juga ais sehingga halus.
  • Masukkan ke dalam cawan / bekas.
  • Sedia dihidang.

Kangkung Sotong Goreng Belacan


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar

Bahan-bahan:
  • 1 ikat kangkung -dipotong dan diasingkan batangnya (seelok-eloknya dibelah dua)
  • 2-3 ekor sotong
  • 2-3 biji cili padi
  • 3 sudu besar cili kering / cili boh
  • 1 inchi belacan -dibakar
  • Garam dan gula secukup rasa


Bahan ditumbuk:
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah
 Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan cili kering / cili boh. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan belacan dan juga cili padi.
  • Kemudian masukkan sotong dan juga batang kangkung.
  • Setelah batang kangkung agak lembut. Masukkan daunnya pula. Jangan tumis sampai layu.
  • Perasakan dengan garam dan gula.
  • Sedia dihidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...