Sunday, 6 July 2014

Sambal Tempoyak Goreng Bilis Petai


Resepi : muniemior a.k.a. umi iskandar


Bahan-bahan:
  • 3 papan petai -dibelah dua
  • Segenggam ikan bilis -dibasuh bersih dan ditos airnya
  • 10-15 biji cili padi -ditumbuk kasar atau dihiris jer
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • 2-3 sudu besar tempoyak (nak pekat boleh tambah lagi)
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis


Bahan ditumbuk:
  • Segenggam cili padi -boleh dicampur cili merah
  • 1 inchi kunyit hidup -kunyit serbuk pun boleh
  • versi tak letak kunyit

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, masukkan bahan ditumbuk. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan ikan bilis yang ditumbuk separuh hancur tadi. Goreng sehingga hampir garing.
  • Masukkan petai -nak goreng sekali dengan ikan bilis pun boleh.
  • Masukkan cili padi.
  • Masukkan bawang besar.
  • Masukkan tempoyak. 
  • Masukkan juga sedikit air. 
  • Perasakan dengan garam dan gula. Kalau guna tempoyak baru tak perlu letak gula yea sebab tempoyak tu dah cukup manis.
  • Sedia dihidang. 


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...